#

PELUANG menjana pendapatan PASIF dengan sistem ejen yang sistematik

ONEBELLAZ menyediakan platform kerjaya melalui pelan E-Commerce dan menerapkan konsep kerja dari rumah

#En Azzrul Raff 01 Julai 2024
158 Comments 3.2K Views

Produk jualan merupakan 100% hak milik ONEBELLAZ SDN BHD yang dijual kepada umum.Terdapat 3 kategori program yang dilaksanakan seperti Bina Kerjaya, Bina Perniagaan dan Bina Hasil.

1. BINA KERJAYA

Peluang anda memulakan langkah secara bijaksana tanpa tunggu dan lihat.Bermula dengan seorang ahli biasa, melakukan jualan secara off-line dan mengumpul jualan secara bulanan atau membuat pembelian secara terus dengan pakej Prihatin (Mobile Merchant) yang akan lebih menjimatkan.

Setelah genap sebulan atau cukup nilai order RM288, anda layak dinaikkan pangkat kepada Mobile Merchant dan mendapat harga jauh lebih murah. Anda hanya perlu kongsikan affiliate link di bahagian profile anda untuk pendaftaran ahli baru secara percuma. Setiap pembelian ahli baru, anda layak terima komisyen dan dibayar setiap 1hb dan 16hb dengan minima auto pengeluaran RM100.00. Sebarkan link anda kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mereka menjana pendapatan seperti anda.

2. BINA PERNIAGAAN

Bermula dengan pangkat member, anda layak mengumpul pembelian stok dalam tempoh 1 bulan, jika mencapai sasaran RM1608, maka anda akan dinaikkan pangkat secara automatik dan menerima faedah pembelian harga yg murah pada bulan berikutnya. atau anda boleh membuat pembelian Set Duta secara terus yang mana lebih menjimatkan. Sila hubungi HQ setelah membuat pembelian bagi urusan kenaikan pangkat secara terus tanpa menunggu tempoh kitaran bulanan.

Sebagai Duta Onebellaz, anda perlu membina team kerja untuk membimbing dan menjaga mobile merchant. Hasil jualan Mobile Merchant, Merchant Consignment dan member akan terus masuk ke akaun anda setiap 1hb dan 16hb setiap bulan bagi pendapatan melebihi RM100. Sistem auto payment diperkenalkan tanpa anda perlu menekan butang withdrawal.

3. BINA HASIL

Bermula dari seorang member, anda layak untuk menjadi salah seorang ahli perniagaan yang mempunyai kedai online "outlet" sendiri yang mana semua ahli-ahli boleh membeli terus dari kedai online "outlet" anda. Keuntungan terus dibayar ke akaun anda sebagai Stakeholder States.

Anda layak menyusun semua pangkat 'ranking' mengikut kelayakan ejen-ejen anda. Semua jualan ejen adalah melalui stok produk anda yang diperoleh dari HQ ONEBELLAZ. Anda wajib menyediakan stok secukupnya.

Sebagai Stakeholder States, anda juga layak menjual produk sendiri melalui 'outlet' yg disediakan dengan kebenaran pihak HQ ONEBELLAZ terlebih dahulu. Semua urusan penyerahan dan pengagihan produk dilaksanakan sepenuhnya oleh Stakeholder States sendiri, kecuali jika memerlukan bantuan HQ, Pihak HQ Onebellaz akan membantu urusan tersebut.

Di peringkat ini anda hanya perlu menguruskan stok sedia ada memandangkan sistem yang disediakan akan bekerja bersama-sama ejen anda. TAHNIAH!!!